22 Ogo 2010

Mengenai Food Detox Patch



                            

                     
               Jangan simpan toksin dalam BADAN ANDA. Guna PELEKAT BUANG TOKSIN untuk pembuangan toksin dalam pada masa yang sama memberi kesihatan baik kepada anda...



HaRGa PaSAR SEKaRANg RM2.50 sekeping..
atau RM5.00 PASANG...
Sekeping hanya RM1.90 sahaja . Murahkan????
Tiada barang terlarang didalamnya. Hanya herba-herba terpilih. 



 

4 Ogo 2010

BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM PENYEDUT TOKSIN

1. Wood Vinegar :
  Cuka Kayu mempunyai kuasa penyerapan yang luar biasa dan sifat mensterilkan, dan digunakan oleh beberapa ahli fisioterapi untuk menghilangkan rasa sakit dan untuk mengurangkan peradangan di dalam tubuh.

2. Bamboo Vinegar :
    Cuka Buluh merupakan produk sampingan dari karbonisasi buluh. Ia digunakan dalam pelbagai produk kesihatan serta kosmetik dan ubat-ubatan, kerana kemampuan yang kuat untuk membantu tubuh dalam mengeluarkan bahan sisa.

3. Tourmaline :
   Mineral yang memancarkan ion negatif dan sinar inframerah-jauh (FIR). Ia dapat membantu dalam mengurangkan gejala-gejala stres, meningkatkan vitalitas mental, meningkatkan pengedaran darah dan menguatkan sistem kekebalan tubuh.

Fungsi Tourmaline adalah untuk meningkatkan perluasan dinding sel dalam tubuh dan membolehkan pemindahan racun dan sisa melepasi membran ini ke dalam sistem darah dan limfa.


1 Ogo 2010

Tentang Foot Detox Patch



            Seperti yang kita semua ketahui, kebanyakan Anamichi Badan (Titik Akupuntur) manusia terkumpul di tapak kaki. Bahan aktif Bamboo Vinegar – Cuka Buluh yang terdapat dalam Foot Detox Patch bertujuan untuk merangsang Anamichi Badan dalam proses menyahtoksin dan membuang lebihan lembapan badan seperti yang diamalkan dalam Perubatan Tradisi Asia iaitu Bekam dan Urut Tapak Kaki (yang mensasarkan Titik Akupuntur pada badan manusia). Walaubagaimanapun, prinsip ini tidak dapat dikenalpasti di kebanyakan Negara Barat, terutamanya dalam mengenalpasti kewujudan Titik Akupuntur ini. Jadi, mereka telah membuat penemuan bahawa Foot Detox Patch boleh digelapkan dengan hanya mengenakan air, sekaligus menafikan tentang keberkesanan Foot Detox Patch ini.

 “Bamboo Vinegar – Cuka Buluh” dihasilkan daripada proses pengkarbonan buluh. Khasiat herba yang terdapat padanya dapat membantu dalam membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan serta toksin daripada badan manusia. Bamboo Vinegar – Cuka Buluh ini dihasilkan daripada asap buluh yang dikarbonkan, jadi ia berbau agak masam serta berbau seperti asap (dalam erti kata lain, bau BARBEKU). 

 Bamboo Vinegar – Cuka Buluh mengandungi lebih 200 bahan (80-90% daripadanya adalah air) yang semuanya adalah komposisi semulajadi dan selamat untuk kegunaan manusia. Ia mempunyai kesan penyahjangkitan dalam pensterilan kulit; kandungan ester dengan mudah meresap ke dalam lapisan tebal kulit. 

Asid asetik yang terdapat dalam Bamboo Vinegar – Cuka Buluh akan melembutkan kutikel dan mempunyai kesan menakjubkan dalam melegakan dermatitis, kegatalan, kaki makan air dan sebagainya.”
Ini bermakna, jika serbuk Foot Detox Patch ini terkena air, ia akan bertukar menjadi gelap/ perang gelap tetapi tidak menukarkannya menjadi hitam berminyak. 
foot detox patch

JIKA RAGU-RAGU, EKSPERIMEN BOLEH DIJALANKAN. Hasil ujian jika dikenakan pada air (gelap/perang gelap) tidak akan sama jika dibandingkan dengan selepas digunakan pada tapak kaki (hitam berminyak). Jangan lupa bahawa peluh dan kelembapan juga sejenis toksin. Respon yang baik daripada pelanggan yang menghadapi masalah fizikal membuktikan keberkesanan Foot Detox Patch.